penjelajah

Thursday, June 2, 2011

persekitaran aku

salam dan selamat sejahtera buat semua. aku baru sahaja menyiapkan 2 program berturut-turut. dari 21 mei hingga 29 mei dengan program anak angkat di JKK kawasan parit tengah, batu pahat dan juga dari 30 mei - 1 jun program skor perfect 5A UPSR untuk 500 pelajar-pelajar darjah 6 daerah pontian. 2 minggu yang memenatkan tapi banyak pengalaman yang dapat diperolehi. jika ada masa terluang, akan aku ceritakan mengenai kedua-dua program tersebut.

hari ini aku nak bercerita tentang dunia sekarang ini. buat pengetahuan semua, aku dibesarkan dalam suasana kampung sebab rumah aku di felda bukit goh. so kawasan felda, maka aku dibesarkan dalam kehidupan kampung. dan alhamdulillah aku dibesarkan dalam keadaan yang cukup baik. aku tidak terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat, dan itulah yang membentuk diri aku sehingga hari ini.

kalau dulu, aku sentiasa menjauhi perkara-perkara yang aku rasa tidak berfaedah dan juga perkara-perkara yang aku tidak suka. kalau ada kawan-kawan aku yang buat perkara-perkara tersebut, aku akan mencuba sedaya upaya menjauhi ketika mereka buat perkara tersebut. tapi still aku berkawan dengan mereka. ketika mereka buat perkara baik, aku join la juga.

tapi sekarang masa dan dunia sudah berubah. kalau dahulu, orang nak buat perkara-perkara dosa tu aku rasa semua orang malu kot. tapi sekarang aku lihat banyak perkara-perkara tersebut berlaku depan mata aku. aku tak nak cerita tentang apa yang aku nampak cuma aku kadang-kadang terkedu bila melihat perkara tu. timbul pertanyaan dlaam diri aku, apakah sudah tiada perasaan malu dalam diri manusia sekarang?

dan perkara yang membuatkan aku menjadi bertambah malu kerana perkara itu dilakukan oleh mereka-mereka yang aku kenali. perkara tersebut buat aku rasa tersepit. nak ditegur, aku cuma kenalan mereka saja. mana mungkin nasihat aku didengari. lagipun aku tidak tahu macam mana untuk menegur dengan cara yang baik. kalau tidak ditegur, perkara tersebut dibuat di depan mata aku sendiri, macam mana pula perlakuan mereka apabila tiada orang memandang? kalau dibiarkan mungkin menjadi makin teruk.

kalau dulu aku beranggapan bahawa perkara ini cuma akan berlaku di kawasan-kawasan bandar sahaja dan mereka yang dibesarkan dalam persekitaran kampung tidak terjebak dengan perkara ini. tapi honestly and seriously aku silap. sebab mereka-mereka ini dibesarkan dalam persekitaran kampung dan kawan-kawan aku yang dibesarkan dalam persekitaran bandar tidak pula buat macam mereka.

aku harus terima hakikat yang semakin hari, budaya barat semakin menular dalam persekitaran aku. kalau dahulu perkara tersebut dianggap pelik, memalukan dan hina tapi sekarang perkara tersebut dah macam biasa. dan orang-orang yang melihatnya pun seperti tiada apa-apa yang berlaku. jadi tahniah diucapkan kepada barat kerana telah berjaya mempengaruhi persekitaran aku. sedih, pilu, kecewa, marah dan terkejut.

p/s: aku konfius dengan dunia zaman sekarang. @.@

Friday, May 20, 2011

permulaan

salam dan selamat sejahtera semua. ini merupakan permulaan baru bagi blog ini. aku terdahulu dah ada beberapa blog lain dan still aku tak puas hati dengan blog kepunyaan aku. so aku buat blog lagi. kalo tak puas hati lagi, buat lagi. sampai la aku puas. jadi selamat datang diucapkan pada semua dan jangan malu-malu jangan segan-segan nak baca,share, coment or whatever you guys want to do. feel free to do it.